Followers

Sunday, December 19, 2010

Khairy Merayu Pilu: Jangan Cantas! Jangan Cantas!





Benih yang ditanam Tun Lah ke dalam tubuh UMNO...tak berapa menjadi

Khairy Merayu-rayu Agar Dirinya Tidak Dicantas

....Program Jelajah One Malaysia (JOM) Pemuda Barisan Nasional (BN) akan bergerak ke beberapa negeri bermula 17 hingga 23 Disember ini dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.....
Sumber: brojinggo.blogspot.com

Walaupun Khairy menang tanpa bertanding Naib Ketua Pemuda, tetapi beliau gagal dalam pemilihan ketua kerana 2/3 perwakilan menolaknya.

Kini Khairy gagal pula memimpin pergerakan pemuda sehingga pergerakan itu menjadi lumpuh di seluruh negara.

Bagaimanapun kita bersyukur kerana masih ada pemimpin-pemimpin pemuda di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan yang masih setia kepada perjuangan sebenar UMNO. Merekalah selama dua tahun ini yang bertungkus-lumus menggerakkan pemuda UMNO supaya tidak kehilangan maruah sama sekali.

Khairy gagal menempatkan dirinya dalam arus perjuangan UMNO yang tulen. Kesalahan dan pengkhianatan yang dilakukannya sebelum ini, melukakan hati semua ahli dan pemimpin UMNO.
Walaupun ada usaha dibuat oleh sahabat-sahabat "setiakawan" tetapi Khairy tidak dapat lagi diterima dan kehadirannya dalam UMNO sudah dianggap sebagai beban.

Hari ini Khairy cuba menjelajah seluruh negara melalui program Jelajah One Malaysia (JOM) yang dikatakan projek pemuda BN tetapi yang kelihatan hanyalah kelibat pemuda-pemuda UMNO yang tak seberapa kerat.

Khairy ingin mengabui mata rakyat seolah-olah dia memperjuangkan 1 Malaysia. Khairy gagal lagi menyembunyikan kelemahannya.

Akhirnya Khairy merayu-rayu supaya jangan cantas pemimpin pemuda. Atau lebih tepat jangan cantas dirinya.

Khairy lupa, UMNO tidak mengamalkan pendekatan cantas-mencantas sewenang-wenangnya. Melainkan sekiranya pemimpin tertentu menunjukkan sikap biadap, kurang ajar kepada pemimpin lama, mengatur konspirasi dan mengamalkan rasuah untuk mendapatkan jawatan. Pemimpin yang bersikap begini memang tidak diperlukan dalam UMNO.

Khairy tidak perlu risau dirinya dicantas, kerana perbuatan dan sikap rakusnya yang telah mencantas masa depan politiknya sendiri. UMNO sudah matang dan banyak belajar dari sejarah perjuangannya yang panjang dan sangat mencabar. Watak Nuar Berahim yang ada dalam diri Khairy menjadikan UMNO berhati-hati dan semakin waspada.

Khairy, sementara saudara ada masa dan kesempatan, jelajahlah ke seluruh tanahair  atas nama Ketua Pemuda UMNO tetapi janganlah menyamar dan berselindung di sebalik Pemuda BN. 

Kami tahu...kami tahu.

Baca seterusnya:
ujangranggi
theflyingkick
HOUSE PK

 

5 comments:

Dahlia said...

Khairy jelajah negara kemudian pasang banner yang diletakkan gambarnya dengan saiz besar. Panggil reporter buat coverage kemudian siar dalam tv.

Alahai Khairy..

Daulah-alWatan said...

Kitapun tak tau..KJ ni faham ke dia sudah ditolak.

Dia faham ke seluruh ahli dan pemimpin UMNO menganggapnya liability.

Kta harap semua pemimpin pemuda yang lain dapat teruskan kerja-kerja menambah PENYOKONG BARU UMNO/BN untuk PRU ke-13. Bukan sekadar menambah PENGUNDI BARU.

wazahu said...

aku setuju sgt komen Daulah-alWatan.KJ tau ka org tak suka dia??la ni keja hampa blogger keluarkan cerita pasai dia byk2 dlm blog hampa supaya dia n masyarakat tau dia liability kpd UMNO.aku risau jg kot2 Najib p bagi jawatan pd dia lps pilihanraya nanti.minta simpangla. tengok muka dia pu nak termuntah dah

Cepu said...

KJ ingat DS Najib ni lemah mcm Pak Lah..

Sori la KJ...usahlah berlakon..

Lebih baik fikirkan masa depan dalam bidang yang lain..

Pakat2lah dengan Kalimullah tu..apa nak buat.

DS Najib banyak kerja dan banyak nak fikir utk selamatkan UMNO yang dah nak lingkup kerana perbuatan kau di zaman Pak Lah.

Kita yakin DS Najib tak mungkin melibatkan watak liabiliti ini menyibuk lagi dalam UMNO.

dzimba MMIM said...

Salam tuan rumah.. blog yang menarik dan saya mohon dipautkan http:// pantausblog.blogspot.com

saya jugs akan memautkan blog tuan

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...