Followers

Monday, September 20, 2010

Keputusan PRU 13 Telah Diketahui!! Cuma Belum Diumumkan


Khairy: Penambah Bala Petaka Kepada UMNO
Keputusan PRU 13 Telah Diketahui

Hasil benih peninggalan Pak Lah, bukan sahaja membahayakan perjuangan UMNO tetapi mempercepatkan kemusnahan kuasa politik Melayu-Bumiputera dan Negara.

Benih-benih perakus, perasuah, biadap dan konspirator yang disemai oleh Pak Lah ke dalam tubuh UMNO melalui Khairy, sedang menjalarkan bisanya ke segenap urat saraf terutama dalam perjuangan pemuda. Symptomnya amat jelas apabila pergerakan pemuda menjadi terlalu lemah dan DS Najib gagal pula mencari penawar dengan segera. Ditambah pula oleh kuncu-kuncu yang lain yang sedang bergerak di setiap organ UMNO dan pentadbiran negara.

Keputusan PRU 13 telah diketahui.  Yang menang ialah parti yang mendapat undi terbanyak. Parti yang memperoleh undi terbanyak ialah parti yang berkerja menambah jumlah pengundi yang akan memenangkannya.

Pergerakan Pemuda UMNO yang dimusnahkan oleh Khairy Jamaluddin hanya mampu memberi janji untuk menambah jumlah pengundi. Janji demi janji, kenyataan-kenyataan akhbar dibuat hanya untuk publisiti dan kepentingan politik peribadi. Hakikatnya UMNO sedang menempah kekalahan teruk!.

Khairy dan kuncu-kuncunya tidak mampu menambah pengundi hijau, tetapi sangat berminat mencari gaduh dengan PERKASA. Kemaraan pembangkang sebagai parti politik lawan tidak disekat, tetapi ketulusan PERKASA memantapkan kuasa Melayu-Bumiputera dipergiatkan. Inilah sumbangan Pak Lah kepada parti dan negaranya.

DS Najib tahu perkara ini, tetapi belum menndapat idea mengatasinya.
Atau DS Najib percaya kemenangan boleh dicapai tanpa Pemuda UMNO
Atau DS Najib tahu Pergerakan Pemuda sedang berkerja tanpa Khairy.

Marilah kita menahan nafas sementara menantikan kekalahan mutlak yang bakal tiba.
Kata orang bijak pandai:

"If you're in power...make sure you're powerfull..
if not...
you're bloodyfull" 
(Pak Lah telah buktikan betapa powerfulnya dia..)

Baca seterusnya:
Sumber: dankuala,
Sewaktu UMNO dikatakan parti keramat, ia memang sebenarnya keramat. Ia bukan ungkapan retorik atau slogan kosong. UMNO telah melalui banyak pengalaman. UMNO telah menempuh pelbagai ranjau dan duri. Sehingga kini UMNO kekal sebagai salah sebuah parti paling lama bertahan di dunia.

UMNO ditubuhkan dengan keringat dan air mata. UMNO diasaskan oleh raja dan hamba. UMNO berada di istana dan di hujung hujung desa. UMNO ditubuhkan dan dipelihara kerana cinta kasih kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh yang demikian sejarah UMNO membuktikan siapa sahaja yang ingin berpencak di gelanggang UMNO haruslah mengikut adab dan tertib. Anwar Ibrahim adalah contoh terbaik bagaimana kecurangan kepada perjuangan pasti membawa petaka kepada individu berkenaan.

Kini saya melihat ada sekurang kurangnya dua orang tokoh pemuda UMNO yang sedang berpencak di gelanggang UMNO dan mungkin menerima nasib yang sama seperti Anwar jika pembetulan tidak dibuat serta merta.

Khairy Jamaluddin dan Reezal Marican boleh dianggap sebagai tokoh segera dalam UMNO. Mereka naik tanpa akar yang menjalar di bumi. Tiba tiba berada di puncak. Kerana itu barangkali mereka kerap tersasar dan tersilap. Apa jua yang dibuat seakan tidak kena dan tidak sesuai.

Terbaru apabila Reezal Marican meminta Lim Guan Eng mendedahkan sumber yang digunakan bagi sumbangan kepada warga emas di Pulau Pinang. Tindakan ini nampak sensasi tetapi tiada bererti kepada UMNO.

Keperluan sebenar UMNO ialah pengundi. 4 juta orang masih belum mendaftar walaupun layak. Jika Pemuda UMNO berjaya mendaftar mereka saya percaya kita akan menang besar dalam pilihanraya. Khairy dan Reezal adalah anak muda dalam UMNO. Tidak melakukan sesuatu yang betul akan beri kesan buruk kepada UMNO.

Kejayaan sebenar mana mana parti politik ialah memenangi pilihanraya. Khairy dan Reezal bergurulah, belajarlah daripada orang orang lama dalam parti. Usah tersilap dan tersasar kerana sejarah menunjukkan jika kita mengekalkan kesilapan dalam UMNO, kita pasti terkorban, berhati hatilah.

Juga klik di sini: anakaomak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...