Pak Lah: "...nasi sudah menjadi bubur...
tak ku sangka UMNO semakin lebur...
Ya Allah ampunilah aku...."
Sudah terlewat!
Sudah terlewat untuk memanggil, menyeru atau mengharapkan tenaga Pergerakan Pemuda UMNO.
Semangat juang yang diwarisi selama ini sudah berkubur sebaik sahaja Khairy campur tangan dalam pergerakan itu
.
Batu nisannya untuk pemuda dan UMNO sudahpun dipacak oleh Pak Lah sebelum DS Najib menggantikannya.
Kini tinggallah DS Najib, Muhyiddin dan kita semua menjiruskan air di kuburan sepi itu.
Tidak mungkin anak muda berhingus yang berwatak rakus, perasuah, gelojoh, konspirator dan biadap mengerti dan faham erti perjuangan UMNO. Jiwa yang kosong dengan perjuangan tetapi penuh dengan agenda peribadi dan kroni, hanya nampak kekayaan...nampak UMNO hanyalah sebagai alat dan tunggangan.
Khairy adalah jenis species manusia sama seperti Nuar Berahim. Sanggup memacakkan bunga kemboja di atas kuburan bangsanya sendiri, asalkan mereka terus hidup, terus menikmati kemewahan, terus dapat melayani nafsu serakah yang penuh dengan dendam kesumat.
Pak Lah telah berjaya menalqinkan semangat UMNO dan menguburkannya di bawah telapak kaki Khairy, Kalimullah, Brendon Pererra, Musa Hitam, Radzi Sheikh Ahmad, Anuar Zaini dan ramai lagi yang masih bersama kita.
Mampukah DS Najib, Muhyiddin dan kita semua, termasuklah PERKASA, menggali semula kubur ini, dan meniupkan kembali semangat juang yang hilang dari tubuh mati pergerakan pemuda kita.
Cukupkah masa yang ada untuk kita menyelamatkan kuasa Melayu/Bumiputera yang sudah tidak lagi sebanyak mana. Adakah peluang terakhir untuk anak cucu kita menjejakkan kakinya di Parlimen atau setakat memiliki kuasa pengawal di pintu masuk sahaja.
Baca seterusnya: dankuala
Saudara Khairy,
Sudah hampir dua tahun saudara menerajui pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun saudara menang dalam gelora ketidakpercayaan massa, hakikatnya saudara adalah Ketua Pemuda UMNO.
Pilihanraya Umum ke 12 telah meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat membimbangkan. Rakyat khasnya umat Melayu menunggu saudara dan rakan rakan pemuda bertindak memulih dan mengangkat kembali martabat UMNO.
Apa yang berlaku kepada UMNO ini bukanlah pertama kali berlaku. UMNO telah ada pengalaman yang luas di masa lalu. Perkara yang hampir sama pernah melanda UMNO pada tahun 1987. Ketika itu saya percaya saudara masih lagi seorang anak kecil.
Apabila krisis berlaku di dalam UMNO atau apabila UMNO kelihatan agak lemah seperti sekarang, komponen akan menunjukkan wajah sebenar mereka. Pada tahun 1987 MCA menjuarai kecurangan ini dengan membuat pelbagai tuntutan. Mereka mendesak dan memaksa.
Bahkan ketika itu mereka sanggup bercantum dengan DAP dan Gerakan membentuk National Joint Action Committee On Chinese Schools.
Mereka menyeru orang Cina berhimpun menyatakan pendirian. Pada masa itu UMNO kelihatan lemah dan tidak berada. Pada masa itulah UMNO dihina.
Ketika itulah Pemuda UMNO bangkit menghimpunkan orang orang Melayu di Stadium Jalan Raja Muda. Bukan hanya pemuda UMNO atau ahli UMNO. Seluruh golongan orang Melayu dihimpunkan. Sederap mereka menyatakan pendirian . Datuk Najib sebagai Ketua Pemuda tampil mempertahankan UMNO dan pemimpinnya yang diperlekeh.
Kesan perhimpunan ini Operasi Lalang dilaksanakan. Tergambar betapa besarnya Perhimpunan Anjuran Pemuda UMNO yang berjaya menghimpun 15 ribu umat Melayu.
Baru baru ini Datuk Najib telah menyeru dan meminta rakyat yang inginkan damai, rakyat yang cintakan keamanan dan rakyat yang kasihkan negara untuk bangkit menyatakan pendirian. Najib yakin dan memang benar lebih ramai rakyat benci kepada hasutan dan perkauman.
Tidakkah saudara berasa bahawa Najib telah begitu merendah diri? Tidakkah saudara berasa perlu melakukan sesuatu untuk menyatakan pendirian ? Ketika inilah sepatutnya saudara bertindak. Satukan perasaan dan fikiran Pemuda. Saudara telah gagal.
Kumpulkan seluruh umat Melayu. Tunjukkan bahawa pada masa UMNO dan pemimpin utamanya diperlekeh dan diperkecil , ada Pemuda UMNO untuk bangun mempertahkannya.
Tapi saudara tidak melakukannya. Sekali lagi saudara telah gagal.
UMNO tidak akan bangkit jika dipimpin oleh pemimpin yang gagal. UMNO akan tumbang jika jiwa gagal akan diubah.
Belajarlah dari pengalaman Najib- bercakap dan bertindak betul pada masa yang tepat. Atau jika saudara fikir saudara tidak berdaya, berilah laluan. Saudara akan dikenang sebagai pemimpin berjiwa besar. Apa dan bagaimanapun UMNO tetap keutamaan kita demi anak cucu.
1 comment:
Spesis beruk pemusnah patut masuk PKR. Dulu pun nyaris jadi menantu Anwar Ibrahim.
Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.
Post a Comment