Followers

Friday, September 17, 2010

Tun Faizal Tak Perasan Kot!

Jangan tambah senarai liability kepada UMNO

Tun Faizal masih tak perasan kot!,
Bahawa sejarah momentum perjuangan UMNO telah terganggu, terbantut dan dikotori semenjak Anwar Ibrahim mula memegang banyak kuasa dalam parti dan kerajaan. Semua ahli UMNO tahu bahawa kerakusan sikap yang dimiliki oleh Anwar, akhirnya telah menyebabkan perjuangan UMNO menjadi porak peranda. Alhamdulillah Tun Mahathir bersama-sana dengan  pemimpin-peminpin serta ahli yang sayangkan parti telah berjaya mengusir keluar penjahanam ini, dan UMNO dapat diselamatkan.

Tun Faisal mungkin tak perasan tetapi seluruh dunia tahu bahawa akhirnya pada tahun 2003 YBhg Tun Mahathir bersama-sama pemimpin yang lain dan dengan sokongan padu ahli UMNO dan rakyat Malaysia telah berjaya meletakkan UMNO berada di tahap cemerlang, rakyat hidup gemilang dan negara menjadi terbilang di antara negara-negara membangun.

Tun Faisal tak perasan kot!

Pada masa UMNO, Rakyat dan Negara mengecapi status Cemerlang, Gemilang dan Terbilang inilah YBHg Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi. Hasilnya PRU 2004 menjadi tanda aras kejayaan kepimpinan Tun Mahathir bersama pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang Melayu, China, India, Peribumi Sabah dan Sarawak yang telah bersama-sama menggembeling tenaga, pemikiran, kesetiaan dan wawasan. Abdullah Badawi hanya mkengumumkan sahaja slogan "Cemerlang, Gemilang, Terbilang"nya.

Tun Faisal tak perasan kot!

Sebaik sahaja memegang tampuk kuasa, kehadiran Khairy Jamaluddin, Kalimullah Hassan, Anuar Zaini, Musa Hitam, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi species yang seumpamanya, telah mengubah segala-galanya. Perjuangan UMNO yang murni untuk agama, bangsa dan negara telah dicabuli satu demi satu sehingga akhirnya Parti dan Kerajaan menjadi lemah, tidak berwibawa dan rosak teruk hinggalah sekarang.

Tun Faisal tak perasan kot!

PRU 2008 UMNO_Melayu_Bumiputera_BN telah kalah teruk dan hanya mampu duduk dalam kehinaan di parlimen tanpa kuasa 2/3 lagi. Sehingga kini peluang dalam PRU ke 13 hanyalah setakat bertahan supaya jangan menjadi lebih teruk lagi kalaupun tidak musnah sama sekali.

Tun Faisal tak perasan kot!

Tingkahlaku, tindakan-tindakan dan perbuatan Khairy Jamaludian dan kuncu-kuncunya sebelum DS Najib mengambilalih kepimpinan adalah bukti yang sangat jelas lagi nyata bahawa Khairy Jamalaudin adalah Anwar Ibrahim Kedua dalam UMNO dan Negara. Watak pemusnah yang ada pada dirinya tidak sekali-kali diperlukan dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu yang mempertahan syariat dan syiar Islam di tanahair kita.

Tun Faisal tak perasan kot!

Bermuka-muka dalam perjuangan pemuda hanya akan menyebabkan UMNO dan orang Melayu semakin lemah dan agama Islam dalam bahaya. Bermuka-muka bermakna Tun Faisal tidak perasan bahawa UMNO dan rakyat Malaysia tidak memerlukan watak-watak yang terbukti gelojoh, kurang ajar, konspirator, perasuah, rakus mengguna kuasa dan rendah mentaliti serta keikhlasan perjuangannya. Bermuka-muka juga bermaksud Tun Faisal merelakan dirinya menjadi pemimpin pemuda  yang hina yang boleh dibeli oleh perosak parti, bangsa, agama dan negara.

Tun Faisal tak perasdan kot! bahawa berjuang ikhlas untuk agama, bangsa dana negara itu jauh lebih besar dan lebih mulia dari memperjuangkan individu seperti Khairy Jamaludin dan species perosak yang lain walaupun ganjaran keduniaannya lumayan.

KEMBALILAH KE JALAN PERJUANGAN
YANG IKHLAS DAN BERWIBAWA
PEJUANG TERDAHULU JUGA CARI MAKAN
TAPI TIDAK MELACURKAN UMNO
KEPADA PEROSAK YANG RAKUS

TOLONGLAH!!!
Jangan tambah senarai
liability!!!

*Kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy.
Kita cuma tidak sanggup perjuangan UMNO dilacurkan untuk kepentingan peribadi.
Kita juga tidak rela sama sekali membiarkan individu yang telah terbukti tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, turut mencampuri urusan perjuangan UMNO.

Baca sini: Anakomak

Tun Faisal nyama bonci keri tapi penyokong bosa

ni eden nak cito pasal sorang laie pencacai anak omak ni ha. Namo dio Tun Faisal. Alah yang jadi konon ketuo UMB tu.

Mulo-mulo ... wah ... bukan main ngutuk si Keri tu. Sampa ramai terpedayo dengan lakunan politik Tun Faisal ni. Yolah konon orang ingat dio memang bonci abis si Keri tu.

Ruponyo dak aih. Dio memang diupah Keri jadi 'spy'.

Mulo-mulo dicanang merato dio bonci gilo ngan Anak Omak si Keri tu ha. Dari mulo, den dah tau dio ni pandai muko-muko, tapi nak buek camno, dah semuo ngikut. Jadi den sonyap jo la. Lamo-lamo orang dah mulo nampak dio ni memang anjing yang diberi tulang oleh si Keri.

Yo la ... bangkai gajah mano boleh simpan lamo-lamo?

Panjang cito kalau eden nak koba ni. Dipendek cito, baru-baru ini eden dapek tau dari kawan-kawan den yang Tun Faisal ni suko muji-muji Keri dalam twitter. Dihebah-hebahkan pendirian Keri sampai dah jolas dio memang orang Keri. Baru orang nak mulo sangsi.

Bilo dah jadi camtu, eden pun apo laie, mulo siasat budak ni. Siasat punya siasat, eden dapek tahu Tun Faisal la orang yang mulo-mulo mintak PM lantik si Kerry pukimak ni jadi Montori. Terkojot bosa den. Selamo ini den sangko orang lain tapi ruponyo si Tun Faisal punyo kojo, nyo ha.

Baru den paham bukan sonang nak bayar keto mahal, umah mahal, pakai drebar, dan gayo hidup mahal. Kono la ngampu untuk hidup?

Lagi yang eden dapek tahu, Tun Faisal ditugaskan Keri dari mulo-mulo lagi untuk jago media baru. Tujuannyo mudah jo, konon-kononyo dio ni 'neutral' dan dio ni kiro tak suko si kerry ni ha.

Menyama .... cilako anak haram ni!
Posted by Anak Omak at 2:04 PM

1 comment:

Wake UP! said...

Mungkin perasan tapi sebab kroni Khairy buat-buat tak perasan.

Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...