Followers

Thursday, August 5, 2010

KJ Bukan Setakat Hipokrit

Pandangan..pendapat...luahan...pembaca muda terhadap species yang tidak diingin dalam pergerakan perjuangan UMNO dan negara Malaysia.

disedut dari:
http://www.kelabchedet.com/

KJ Bukan Setakat Hipokrit, Tapi Bacul dan Lying Scumbag


Okey la tu … benda tak elok kita kena tegur. Tapi bila KJ tegur orang pasal rasuah …. Apa yang aku boleh kata …. KAAAAAAAAH KAH KAH ….. diumpamakan seperti ketam mengajar anak breakdance.


...So aku perli kat si HIPOKRIT Khairy dengan komen:


"Alahai Khairy ... do you really think you're the best person to talk about corruption and misappropriation ... simply ask yourself what have you done during Dollah's administration. Something may ring the bell .... Patrick Lim ... Trengganu ... ECM Libra ... Gelang Patah ... and plenty more ... OUCH!!!


JENG JENG JENG …. tak disangka KJ menyambut Singh dengan tangan terbuka … dan lalu KJ berkata


"Nice to see Singh is King here. Constant and consistent critic from the start. A lot of baseless accusations, of course. But in the spirit of free speech, you're free to post what you like here although I reserve the right to call you a lying scumbag. Which, of course, you are. Kepada rakan-rakan lain jangan peduli sangat orang macam Singh is King. Penuh dengan kebencian dan penipuan. Minta bukti, tarak."
 
 
Komen Penulis:
 
Kita berasa hairan mengapakah sehingga sekarang kepimpinan UMNO tidak mampu melihat siatuasi Pergerakan Pemuda di seluruh negara sebagai satu KELEMAHAN yang perlu diambil tindakan segera.
 
Membiarkan sayap pemuda tidak bergerak cergas dan betul dalam perjuangan, membawa makna merelakan parti menghadapi kekalahan. partiu telah kalah sebelum berjuang.
 
Apakah situasi ini disengajakan? Apakah ada tangan-tangan musang berbulu ayam dalam UMNO? Apakah kualiti kepimpinan UMNO secara keseluruhannya sudah tumpul? Apakah dengan membiarkan sayap pergerakan pemuda kita lemah longlai merupakan satu kekuatan kepada perjuangan parti? Apakah pemimpin UMNO semasa sudah tidak mampu lagi berfikir, meneroka idea, merancang strategi, bekerjasama bermuafakat sebagai satu team?  Apakah...apakah?...apakah?
 
Lagi banyak soalan yang dilontar...penulis semakin risau...kerana jawapannya tidak mungkin dapat diberi kerana PRU13 sudah semakin hampir. Maka kita akan masuk ke medan tempor dan bersedia menangisi kekalahan.
 
Pepatah Melayu ada menyebut "buang yang keruh, ambil yang jernih" tetapi membiarkan sayap pemuda dilemahkan oleh Khairy Jamaludin pasti membawa maksud "mengambil yang keruh untuk mengeruhkan yang jernih".
 
Ingatlah...perjuangan UMNO itu jernih...sangat jernih...maka watak-watak seperti Khairy inilah yang mengeruhkan perjuangan kita.

Baca juga link berikut: http://parpukari.blogspot.com/2010/08/gempar-bukti-khairy-kitol-adalah.html
 

Tuesday, July 13, 2010

KJ: Kera Yang Menyusu Di Hutan

Khairy jamaludin adalah ibarat "kera yang menyusu di hutan".
"Kera" adalah Khairy Jamaludin dan "hutan" adalah medan politik di luar UMNO.

Mengapa?

Khairy tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO. Khairy tidak diterima malah ditolak oleh 2/3 perwakilan pemuda. Tetapi kera politik ini masih berada dalam gelanggang UMNO walaupun tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi KJ rakus untuk membuktikan dirinya masih "alive" maka beliau terpaksa melupakan Pemuda UMNO dan beralih ke gelanggang di luar UMNO - Pemuda BN.

Aktivis dalam Pemuda BN kini dipenuhi kera-kera yang melompat ke sana kemari tanpa haluan. Idealisme pembangkang pun mereka sokong, mereka bawa dan mereka canang. DAPSY dah diam tetapi Pemuda BN tolong menyempurnakan semangat bukan Melayu menghancurkan secara berterusan kuasa politik Melayu.

Pendirian Khairy samalah seperti kera yang melompat-lompat agar masih ada orang nampak dia masih hidup, walaupun hidupnya menyusahkan UMNO dan survival melayu.

Mengapa Khairy tidak diterima...ditolak...dan diseranah sebagai penghancur perjuangan UMNO?

Teruskan pembacaan anda:

Lihat: http://anakomak76.blogspot.com/

"Worst answer since I've been an MP,'

Khairy menulis demikan (dalam tweeter) apabila Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim menjawab bahawa kerajaan akan melakukan sedaya mungkin untuk lebih berdaya saing.

 
Memang betullah kenyataan tersebut terburuk sejak beliau menjadi Ahli Parlimen. Tapi kenyataan terburuk sejak Khairy muncul dalam politik negara ini dilontarkan oleh bapa mertuanya, "I don't know, I'm not involved in anyway."

 
Sebenarnya Donald Lim dan Khairy sama-sama menyusahkan sahaja. Sepatutnya Donald "duck" kena tanya Khairy dulu mengapa beliau, Datuk Ahmad Zaki Zahid mempengaruhi Pak Lah untuk meluluskan penjualan MV Augusta dengan harga 1 Euro?

 
Khairy perlu menjawab soalan-soalan ini dahulu sebelum bertanya sebarang soalan mengenai Proton.

 
1. Adakah terdapat sebarang usaha untuk mendapatkan harga terbaik bagi jualan saham MV Augusta milik Proton? Maksudnya di sini ialah berapa banyak pihak yang dihubungi atau bilakah Proton membuka sebarang bida untuk menjual sahamnya dalam MV Augusta tersebut?

 
2. Siapakah konsultan yang membeli saham Proton dalam MV Augusta ini? Apakah track record mereka sebelum ini?

 
3. Siapakah konsultan yang bertanggungjawab mengesyorkan penjualan saham MV Augusta milik proton dengan harga 1 Euro sahaja?

 
Khairy kata Kementerian Kewangan bodoh. Tak tahulah siapa bodoh sama ada Menteri Kewangan, TimbalanMenteri Kewangan mahu pun pegawai kemeneterian kewangan.

 
Tapi tentulah kebodohan mereka ini tidak setaraf dengan Khairy yang menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

 
Hari ini juga Khairy mahukan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa yang mahukan Wee Ka Siong ditangkap di bawah ISA kerana mempersoalkan hak biasiswa bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebelum Saya pasti mentor Khairy, Hishamuddin Tun Husien akan segera menyiasat dan memberi amaran kepada Perkasa.

 
Tapi pernahkan sesiapa mendengar Khairy meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat akhba-akhbar Cina yang saban hari mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan menimbulkan kebencian kaum cina kepada orang Melayu melalui pelbagai artikel yang tidak tepat dan berbentuk menghasut.

 
Kadang-kadang kita tertanya-tanya Khairy ini Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Pemuda DAP?

 
Khairy sebenarnya tidak perlu ganggu Perkasa. Ia tidak ada kena mengena dengan Pemuda UMNO atau Khairy sendiri. Perkasa adalah entiti cauvinis seperti DAP, Don Jiao Zhiong, Hindraf dan ribuan persatuan perniagaan kaum Cina. Mengapa Khairy begitu sibuk memburukkan Perkasa tetapi lupa tanggung jawab beliau membetulkan Pemuda UMNO.

 
Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian sebenarnya sudah menyampah dengan Khairy. Sebab itu hentaman Khairy ke atas Perkasa tidak bersambut. Mereka sendiri mahu menyelamatkan diri dari terkena "lumpur" milik Khairy. Khairy hanya boleh bergantung kepada "rakan minumnya" Wee Ka Siong sahaja.

 
Khairy jangan cemburu dengan sokongan anak muda Melayu kepada Perkasa kerana mereka melihat Pemuda UMNO di bawah khairy hanya tahu berpoya-poya dan bercakap semacam Pemuda DAP.

Idelisme dan ideologi Khairy tidak sesuai dengan Pemuda UMNO. Eloklah Khairy letak jawatan sahaja, biar Razali memimpin. Khairy boleh terus menjadi Ketua Pemuda BN dan juga meminta bantuan M Kayveas agar melantik beliau sebagai Ketua Pemuda PPP atau meminta bantuan Koh Tsu Koon agar melantik beliau menjadi Ketua Pemuda Gerakan.

Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya merosakkan organisasi sahaja. Kali pertama dalam sejarah Pemuda UMNO mempunyai Ketua yang tidak berakhlak, perosak parti dan sekarang melingkupkan Pemuda UMNO dari dalam.

Khairy beranggapan dengan memegang post Ketua Pemuda UMNO malaysia, beliau boleh mendapat banyak lagi susu dengan memperalat UMNO seperti yang dilakukan di zaman kehancuran Pak Lah dahulu...rupa-rupanya beliau kini terpaksa melompat-lompat mengikut rentak kera-kera liar dalam hutan dan cuba mendapatkan susu expired di luar UMNO.

Wednesday, June 2, 2010

PEMUDA UMNO: Jangan Salah Iktiraf


Pemuda UMNO Sabah Desak Najib Lantik Khairy dalam kabinet
Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli
Jun 2, 10 6:00PM
http://bumiyang.blogspot.com/
 
Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana ia boleh Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.
Sementara itu, ketua Pemuda Umno Kelantan berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.
Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini. mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

Jangan Salah Iktiraf
 
Mengiktiraf watak yang terbukti teklah berjaya memusnahkan UMNO dan Negera adalah sesuatu yang amat keterlaluan. Bala dan kecelakaan yang telah menimpa perjuangan UMNO selama di bawah pengurusan Presiden Parti Tun Abdullah Ahmad Badawi perlu diambil iktibar.
 
Permainan politik peribadi dan kumpulan seperti yang telah ditunjukkan oleh segelintir watak yang  bersekongkol di zaman Pak Lah haruslah dilihat sebagai musuh UMNO dan tidak sepatutnya diiktiraf dengan apa cara sekalipun.
 
Kerosakan yang telah dilakukan amat sukar untuk dipulihkan sehinggalah ke hari ini samada dalam bidang politik, ekonomi mahupun bidang-bidang yang lain.
 
Cukup...cukuplah...pemimpin UMNO di semua peringkat harus sedar bahawa perjuangan UMNO perlu didahulukan dan kemenangan dalam PRU 13 perlu diutamakan.
 
Pemuda UMNO tidak perlu bersusah payah mengiktiraf watak rakus yang sudah berjaya memalitkan kekotoran ke dalam perjuangan UMNO sehingga hampir tumbang dalam PRU ke 12 yang lalu.
Pemuda UMNO perlu bersatu dan memberi sokongan padu kepada DS Najib serta pemimpin UMNO yang lain untuk mengelakkan kekalahan pada PRU 13 nanti.
 
Mendesak DS Najib melantik Khairy ke dalam kabinet dengan alasan menarik golongan muda adalah amat berbahaya. Desakan ini menggambarkan bahawa perjuangan UMNO sudah mengenepikan nilai kepimpinan yang berkualiti sedangkan Kahiry telah membuktikan dirinya, secara relatif, amat tidak berkualiti dan watak yang tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO.
 
Kita amat bangga kerana majoriti pemuda UMNO telah memahami dan insaf bahawa Khairy Jamaludin memang tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO atas alasan beliau sendiri telah membuktikan dirinya seorang yang rakus, biadap, dan konspirator yang bermaharajalela di zaman Pak Lah dahulu.
 
Sejarah ini tidak boleh dipadam dan kepada pejuang UMNO yang tulen...sejarah ini adalah suatu catatan pengkhiatan terhadap perjuangan agama, bangsa dan tanah tumpah darah tercinta ini.
 
Kita bukan memusuhi Khairy secara peribadi...tetapi kita amat sayang pada perjuangan UMNO.

Tuesday, May 4, 2010

Konspirator akan terus berkonspirasi II


Tentu kita masih ingat sekitar tahun 2008, satu gerakan yang sangat kuat untuk menggoncang Petronas sehingga memanggil Tan Sri Hasan merican muncul di kaca TV memberi penjelasan.

Siapakah konspirator di belakang konspirasi ini?

Baca seterusnya posting berikut:
http://parpukari.blogspot.com/

Tuesday, May 4, 2010
ISU PETRONAS! KOMEN DARI PEMBACA YANG SANGAT MENGEMPARKAN!
Aku agak tertarik dengan satu komen yang telah ditinggalkan oleh seorang Hamba Allah di blog aku, dimana beliau telah menulis seperti berikut:


Sekiranya Petronas dibenarkan participate dlm kedua blok tersebut adakah memberi keuntungan semaksima kepada negara ?


Sebab itu "timing" pertukaran pimpinan Petronas dan kemasukan PUSSY serta Omar Ong adalah terutamanya untuk fokus dalam kedua blok itu. Dan itu adalah matlamat jangka pendek.


Jangka panjangnya menguasai PETRONAS secara total melalui proksi mereka.


Persoalannya, adakah Tun Mahathir akan membiarkan mereka memperkosakan PETRONAS dan membiarkan negara MUFLIS saperti GREECE sehingga bermacam-macam dasar baru diciptakan yang akan menyusahkan rakyat marhaen.


Dan apabila rakyat rasa susah akan pasti mempengaruhi rakyat tidak mengundi BN pada PRU13 nanti.
Merompak keuntungan PETRONAS adalah satu alat untuk membinasakan BN. Sekiranya mereka berjaya mengurangkan 'RESERVE NEGARA', rakyat akan derita kerana Kerajaan akan berhutang demi pembangunan untuk mengekalkan sokongan rakyat dalam PRU khasnya.


NWO telah berjaya mengkucar-kacirkan banyak negara dengan merampas kekayaan negara tersebut masuk kedalam kocek proksi mereka yang berada dalam kerajaan. Contohnya USA, FINLAND DAN GREECE.
Untuk ambil alih negara melalui politik agak susah kerana MELAYU masih berpegang pada AGAMA ISLAM dan RAJA-RAJA MELAYU. Menarik sokongan Melayu kepada ISLAM & DEMOKRASI ( PR )melalui politik hanyalah 50%. Bakinya adalah menciptakan kegawatan ekonomi dalam negara dengan mengurangkan pendapatan negara melalui PETRONAS khasnya.


Saya yakin semasa Tun Abdullah sebagai PM, semua atau sebahagian besar GLC telah diperkosa yang telah, sedang dan akan memiskinkan negara.


Matlamat utama dalam konspirasi itu adalah menghancurkan INSTITIUSI RAJA-RAJA MELAYU yang didokong Kerajaan BN dan digantikan dengan ISLAM & DEMOKRASI yang "NABI"nya adalah ANWAR IBRAHIM.


Sekiranya " KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG ( breaking point bangsa melayu ) tidak tercapai rakyat berbangsa MELAYU khasnya, akan pasti tumbangnya KERAJAAN BN serta INSTITIUSI RAJA-RAJA MELAYU dalam PRU nanti.


Yang boleh menggagalkan konspirasi mereka adalah Tun Mahathir, TS Musa ( PDRM ) dan ATM.
Saya tidak mahu menyalahkan Tun Abdullah secara total kerana beliau dikuasai secara 'sihir' oleh KJ dan kuncu2nya.


OTISA1766
Aku rasa orang yang tinggalkan komen mungkin salah seorang kakitangan Petronas yang tahu apa yang sedang berlaku kat dalam syarikat mengawal EMAS HITAM ni! Aku letakkan kat sini untuk dikongsi bersama kalian.


Itu la pasal aku nakkan supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, supaya rakyat boleh tahu apa yang telah berlaku dengan perjanjian tersebut! Dah la 2 blok L&M tu hilang Limbang pun Brunei masih tuntut, macamana ni?


Brunei telah menukarkan kedua blok tersebut kepada Blok K dan J, eh macam biasa dengar je kan nama tu? SI penyangak SKUM(Si Kitol Utama Negara) ni masih berlegar dalam UMNO dan masih lagi meneruskan misinya untuk menghancurkan negara, takkan nak dibiarkan je kot?


Apa kita nak duduk dan tengok je Khazanah Negara kita dimusnahkan begitu saja? Kita nak tahu apa yang KJ dan kawan-kawan dia dapat dengan perjanjian tersebut, mungkin juga ini akan menerangkan bagaimana seorang yang muda tanpa pekerjaan boleh hidup dengan gaya hidup RICH AND FAMOUS?!


KAMI MAHUKAN SUPAYA SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN sebelum perkara ini melarat!


Kita sangat mengharapkan DS Najib, TS Muhyiddin dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang tidak melakukan kesilapan yang boleh menjerumus negara ke lembah kehancuran yang muktamad.

Monday, May 3, 2010

Sah Khalid Gagap Alat Racist


Rakyat Selangor yang pening lalat dengan racun fitnah Gerombolan Pakatan Pembangkan dalam PRU 12 yang lalu, kini nampak jelas hasilnya. Khalid gagap yang diangkat jadi MB hanyalah boneka kepada beberapa ahli politik racist dalam Gerombolan Pakatan Haram itu.

Sepatutnya setelah dapat kuasa, mereka utamakan kebajikan untuk rakyat, tetapi fokus mereka tersasar jauh untuk memenuhi keinginan tersirat golongan racist dalam Gerombolan itu.

Baca seterusnya:
http://belantan.blogspot.com/

Menamakan jalan atau bangunan sempena nama pemimpin atau penggiat kelompok tertentu biasanya dibuat demi mengenang jasa mereka kepada negara. Tiap kali kita melalui Jalan P. Ramlee di tengah Kuala Lumpur pasti kita akan terkenang betapa besar jasa Seniman Negara kita itu telah menghiburkan seluruh penduduk negara dan Nusantara dengan lagu dan filem arahan dan lakonan beliau selama ini.

Begitu juga apabila kita melihat sekolah rendah dan menengah bernama Khir Johari yang terdapat di merata-rata tempat di negara kita. Jasa pemimpin negara ini dalam bidang pendidikan dan politik tidak boleh dilupakan.

Tetapi isu negatif membabitkan pemimpin dan penggiat seni biasanya akan tenggelam berbanding jasa besar mereka yang tersendiri.
Sebab itu, apabila ada pihak ingin menamakan sebuah jalan di negeri Selangor dengan nama pemimpin mereka semasa mereka berkuasa secara asasnya tiada apa yang salah, namun kisah yang dianggap negatif sesetengah pihak yang membayangi pemimpin tersebut akan disebut-sebut orang juga dan ia akan memberi kesan kepada pengguna setiap kali jalan itu dilalui. Terpulang kepada pihak pengguna untuk berasa apa sahaja kerana ia bergantung kepada siapa yang menggunakan jalan tersebut.

Jika kita biasa menggunakan jalan di negeri Selangor, sebaik-baiknya lebih afdal menggunakan nama sultan-sultan yang pernah memerintah negeri termaju di Malaysia itu. Di Shah Alam sendiri persiaran dan sekolah dinamakan sempena nama sultan dan kerabat diraja Selangor dan ia memang sesuai dengan kedudukan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan.

Sebaik-baiknya jika nama jalan di Petaling Jaya turut menggunakan nama di kalangan kerabat diraja Selangor yang pernah berjasa memerintah negeri tersebut hingga mampu menjadi negeri termaju di negara ini.
Jika di Perak pula nama pembesar yang berjasa seperti Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Datuk Seri Maharaja Lela dan Datuk Sagor menghiasi jalan di negeri itu selain nama Sultan dan Raja Muda menunjukkan jasa raja-raja dan pembesar lebih bermakna menyatukan rakyat secara Perlembagaan berbanding pemimpin kelompok tertentu yang berjuang demi kelompok mereka secara total.

Era ini pemimpin perlu berjuang menukar nasib rakyat bukannya nama jalan dan sejenis dengannya. Rakyat tidak nampak isu mengangkat pemimpin tertentu sebagai hero dan berjasa mempunyai merit dalam sesuatu perjuangan melainkan mengelirukan rakyat yang sudah biasa dengan nama jalan yang sudah dikenali selama 53 tahun.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu lebih rasional dan teliti akan asas perjuangan kita sebagai pemimpin agar tidak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat yang langsung tiada kena mengena dengan pendekatan kita yang ada kala menyusahkan mereka.

Pemimpin politik dan NGO ada kala berjuang demi memastikan kejayaan kesatuan mereka dan rakyat yang tidak selesa dengan situasi itu tetap akan menyimpan kegusaran mereka akibat percaturan melaga-lagakan mereka antara satu sama lain.

Apabila pemimpin sedemikian diangkat menjadi idola dan diabadikan nama beliau di sebatang jalan maka sejarah akan diadili dan ia bukan sesuatu yang baik apabila justifikasi kepada tindakan penamaan itu akan menjadi bahan politik.

Dalam situasi hari ini, di mana politik mempolitikkan isu semakin hebat, masyarakat akan diletakkan dalam situasi keliru dan langkah menamakan jalan lama kepada baru hanya menjadikan kekeliruan lebih serius lagi.
Sebaik-baiknya kita cermin diri sebelum menimbulkan idea yang lebih menyusahkan rakyat yang sewajarnya dibela kebajikan mereka. Janji manifesto semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 masih banyak tersisa dan perlu dilunaskan sebelum Hulu Selangor menjadi political precedent bagi rakyat Selangor yang ingin nasib mereka ditukar bukan sekadar nama sebatang jalan yang langsung tidak relevan dengan denyut nadi mereka.


Komen : Tertunggu-tunggu juga bilakah agaknya akan ada jalan di Shah Alam yang akan ditukar kepada Jalan Khalid Gagap @ Jalan Khalid Gereja!


Abdul Razak Idris
Suara Politik
Taminsari
 
Perjuangan politik yang berasaskan kekecewaan akan menggunakan fitnah dan dendam kesumat untuk mencapai kejayaan. Musuh yang racist dan cauvinist akan mengambil peluang terbuka ini untuk mencapai matlamat mereka.

Pengundi kaum Melayu, China dan India telah menyedari hakikat ini.

Friday, April 30, 2010

Konspirator akan terus berkonspirasi

Konspirator sentiasa berkonspirasi

Kepimpinan UMNO perlu tegas memelihara parti keramat ini dari sebarang watak-watak perosak. Cukuplah kemusnahan yang telah dilakukan. Jangan sesekali diberi ruang baru untuk mereka menyusup masuk di mana-mana ruang.

Tangunggung jawab kita semua membantu pemimpin supaya anak cucu kita selamat di kemudian hari.

Baca posting berikut:
Sumber: http://kjberuk.blogspot.com/
I am so damned pissed off with the news that had been going around about the previous Prime Minister administration that had given away Malaysia to someone else.

Why the bloody hell is Tun Lelah Al Tiduri who so loves to sleep anywhere that he can close his eyes, did this moronic, mindless, foolish dummy that listens to everything that is uttered by the ravenous son in law of his that had been taking advantage of his stupidy and ignorance????


Surely this sleeping Prime Minister will not do anything this stupid without the approval of his 'clever' son in law, the black monkey who will do anything during the reign of this foolish father in law of his because he can convince Tun Lelah to follow his every desire to embezzle whatever he can get his dirty hands on.


Read more about this what this knucklehead who had no grey matter at all in his brain had caused us.


http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-daily/164595-two-murphy-oil-petronas-pscs-off-brunei-terminated.html


Brunei Times will not be highlighting this issue if it is not true. So stupid of Tun Lelah Al Tiduri to trade off our nation's oil producing offshore just to get Limbang back to Malaysia.


This act is not clever but STUPID. Before doing something, we should weigh the pros of cons of our acts whether it will benefit us more or hurt us.
http://www.bt.com.bn/business-national/2010/04/23/brunei-may-soon-start-drilling-blocks-j-and-k
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/04/malaysias-generosity.html
http://marahku.blogspot.com/2010/04/are-we-giving-away-our-country.html

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/04/breaking-news-slumberjacks-legacy.html

harini Mantan PM kita Che Det/Tun M/Dr M/Tun Dr M telah membuat satu pendedahan gempar dalam blog beliau...


menurut penasihat Petronas ini negara telah kehilangan dua blok kawasan menggali minyak yang digelar Blok L dan Blok M...


dalam dua blok ini dianggarkan terdapat minyak bernilai lebih kurang USD100 billion... banyak tu beb


kalau harga mnyak naik lagi ke USD160/barrel tak doubel nilai tu... pergh pecah kepala memikirkan berapa bebalnya seorang manusia bernama Pak Lah ni


Itu antara pendedahan yang dibuat di kitaanakmelayu.

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2010/04/pak-mentua-kj-khairy-jamaludin-memang.html

Lancau punya pukimak anak haram. Negara kita sudah terlepas peluang untuk mendapat pendapatan lumayan dari kedua-dua blok L dan M di Laut China Selatan itu.


Oleh kerana disebabkan ketololan Tun Lelah Al Tiduri yang suka tidur dan macam budak kecik tak tau apa-apa, kita yang terpaksa menanggung akibatnya.


Sial punya Tun Lelah. Berkali-kali ganda sial lagi beruk itam yang sudah pasti menjadi tangan ghaib dalam tindakan bodoh ini.


Berapa komisyen yang ko dapat beruk sebab menjahanamkan negara ni? Mesti banyak giler babi.

http://parpukari.blogspot.com/2010/04/udah-udahlah-tu-wahai-manusia-yang.html

Sunday, April 25, 2010

KJ: Tak Layak Memberi Nasihat


Tun Mahathir di Bukit Beruntung 24 Apr 2010


Khairy Jamaluddin meminta parti pembangkang khususnya Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencermin diri dari terus menunding jari mencari kesalahan orang lain bagi menutup kepincangan berterusan parti itu.

Tegasnya selepas satu demi satu pemimpin PKR bertindak keluar parti sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena pada parti tersebut terutama kepimpinan Anwar sendiri.

“Ini sebenarnya krisis kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim…ini bukan kerja UMNO. Kalau ada kelemahan pada kita jangan kita buat tuding jari pada orang lain…kita tak lihat kelemahan diri kita sendiri.

“Saya nak minta pembangkang, Anwar cerminkan diri dulu…tengok apa kelemahan yang ada pada beliau”

Khairy berkata demikian sebagai mengulas tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang meninggalkan parti berkenaan dan menyertai UMNO.


Khairy Jamaludin tidak layak sama sekali memberi apa-apa nasihat kepada mana-mana pihak. Semakin banyak beliau memberi nasihat semakin ramai orang yang membenci UMNO. Ini disebabkan perbuatannya merosakkan UMNO, agama dan negara begitu tertanam di hati rakyat.

UMNO perlu mengambil langkah yang bijaksana untuk mengelakkan parti daripada menjadi bahan sindiran orang ramai yang semakin meluat melihat gelagat Khairy dalam UMNO.

Orang yang paling layak memberi nasihat dan nasihatnya perlu diberi perhatian ialah Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir yang selama ini dihina dan cuba dipinggirkan oleh Khairy, Pak Lah, Kalimullah, Brendon Pereira, Musa Hitam, Anuar Zaini dan lain-lain lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...