Pemuda UMNO Sabah Desak Najib Lantik Khairy dalam kabinet
Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli
Jun 2, 10 6:00PM http://bumiyang.blogspot.com/
Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana ia boleh Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.
(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.
Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.
Sementara itu, ketua Pemuda Umno Kelantan berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.
Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini. mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.
Jangan Salah Iktiraf
Mengiktiraf watak yang terbukti teklah berjaya memusnahkan UMNO dan Negera adalah sesuatu yang amat keterlaluan. Bala dan kecelakaan yang telah menimpa perjuangan UMNO selama di bawah pengurusan Presiden Parti Tun Abdullah Ahmad Badawi perlu diambil iktibar.
Permainan politik peribadi dan kumpulan seperti yang telah ditunjukkan oleh segelintir watak yang bersekongkol di zaman Pak Lah haruslah dilihat sebagai musuh UMNO dan tidak sepatutnya diiktiraf dengan apa cara sekalipun.
Kerosakan yang telah dilakukan amat sukar untuk dipulihkan sehinggalah ke hari ini samada dalam bidang politik, ekonomi mahupun bidang-bidang yang lain.
Cukup...cukuplah...pemimpin UMNO di semua peringkat harus sedar bahawa perjuangan UMNO perlu didahulukan dan kemenangan dalam PRU 13 perlu diutamakan.
Pemuda UMNO tidak perlu bersusah payah mengiktiraf watak rakus yang sudah berjaya memalitkan kekotoran ke dalam perjuangan UMNO sehingga hampir tumbang dalam PRU ke 12 yang lalu.
Pemuda UMNO perlu bersatu dan memberi sokongan padu kepada DS Najib serta pemimpin UMNO yang lain untuk mengelakkan kekalahan pada PRU 13 nanti.
Mendesak DS Najib melantik Khairy ke dalam kabinet dengan alasan menarik golongan muda adalah amat berbahaya. Desakan ini menggambarkan bahawa perjuangan UMNO sudah mengenepikan nilai kepimpinan yang berkualiti sedangkan Kahiry telah membuktikan dirinya, secara relatif, amat tidak berkualiti dan watak yang tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO.
Kita amat bangga kerana majoriti pemuda UMNO telah memahami dan insaf bahawa Khairy Jamaludin memang tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO atas alasan beliau sendiri telah membuktikan dirinya seorang yang rakus, biadap, dan konspirator yang bermaharajalela di zaman Pak Lah dahulu.
Sejarah ini tidak boleh dipadam dan kepada pejuang UMNO yang tulen...sejarah ini adalah suatu catatan pengkhiatan terhadap perjuangan agama, bangsa dan tanah tumpah darah tercinta ini.
Kita bukan memusuhi Khairy secara peribadi...tetapi kita amat sayang pada perjuangan UMNO.
3 comments:
Yang sibuk sangat nakkan Kuda Jew ni dapat habuan apa dari beruk itam tu?
Apa sumbangan beruk tu sampai dia perlu dijadikan menteri?
insaflah wahai KING KJ!!!
-ipoh marley-
Tak..kan Pemuda UMNO tak sedar lagi permainan politik KJ ni? Kesalahan sama tapi hukuman berlainan. Apa tu? Yang berya-ya sangat nak sokong KJ tu ada habuan besar ke? Pemuda UMNO sayang individu atau UMNO?
Post a Comment