Followers

Thursday, March 3, 2011

Khairy dah Mula: Pemuda Harapan Bangsa, Pembela Agama, Pejuang Tanahair Tercinta





Daulah sangat teruja melihat kepimpinan pemuda kita turut serta bersusah-payah berjuang bersama-sama untuk kemenangan di PRK Kerdau dan Merlimau.


Khairy jamaludin juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dan turut serta menghadirkan diri dan bergambar sebagai kenang-kenangan usaha menambah majoriti undi kepada UMNO-BN.


Sumber dari Umnonline:

KUALA KRAU 2 Mac – Pengundi Kerdau disaran tidak terpengaruh dan tertipu dengan kempen pembangkang yang merayu para pengundi memberikan kemenangan kepada mereka kononnya untuk membawa suara rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata itu merupakan satu pembohongan yang nyata dan jelas kerana mereka tidak mampu untuk melaksanakan sepertimana yang dicanang dan diwar-warkan.
Soal beliau apa yang boleh dilaksanakan jika mereka hanya sekadar memenangi satu kerusi kerana negeri yang diperintah oleh parti pembangkang seperti Selangor, Kedah serta beberapa negeri lain dibawah kuasa mereka tidak menampakkan apa-apa kemajuan.

“Apa sangat satu kerusi boleh buat sesuah rakyat Selangor memberikan satu kerajaan kepada mereka pun gagal, member kerajaan di Kedah dan Pulau Pinang pun mereka gagal, saya tidak percaya satu kerusi boleh membuat perubahan kepada Kerdau.
“Yang mereka mahukan adalah kemenangan dalam pilihan raya kecil yang mungkin terakhir sebelum pilihgan raya umum. Jadi mereka nak katakan nanti rakyat kembali bersama mereka. Itu sebenarnya yang mereka mahukan dan rakyat khususnya pegundi saya minta jangan tertipu dengan pujuk rayu kononnya dengan memberi kemenangan di Kerdau , mereka akan membuat perubahan besar,” katanya.
Kata beliau lagi jika pembangkang menang dikhuatiri akan tercicir penduduk dan pengundi di kawasan ini.
“Jadi ini yang saya takut. Namun saya penuh yakin dan percaya pengundi sudah bijak dan matang untuk membuat penilaian dan pembangkang nampak sangat terdesak untuk menunjukkan bahawa rakyat masih bersama mereka,” katanya.
Memang benar apa yang Datuk katakan itu, rakyat Malaysia sekarang sudah bijak membuat penilaian antara yang sesuai diberi mandat menjadi kerajaan dengan yang tidak wajar dipercayai.

Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak mempunyai wawasan yang kemas seperti UMNO-BN dan dengan itu mereka tidak relevan sama sekali kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kesejahteraan dan kejayaan hidup.
Teruskan usaha Datuk bersma-sama pemimpin pemuda yang lain dan buktikan bahawa pergerakan pemuda kita memang mampu memikul tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara tanpa meletakkan kepentingan peribadi mengatasi matlamat parti dan negara.
Daulah akan sentiasa menyokong yang makruf dan menyerang yang mungkar.

1 comment:

kgkualasin said...

kah3.. sunggh lawak.. hari tu prk bkt selambau pun macam tu juga.. siap pesan kp cawangan jgn heboh2 dia datang situ... pencen lah cepat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...