Followers

Thursday, February 10, 2011

Tahniah! Pemuda Perak Dah Mula Melangkah Ke Medan Tempor

...pastikan ialah kita menjalankan setiap aktiviti dengan jayanya 
dan bukan sekadar syok sendiri..
- Khairul Azwan Harun



Alhamdulillah, akhirnya Barisan kepimpinan baru Pemuda Umno dan Pemuda Barisan Nasional di Perak mula mengatur langkah.

Setelah sekian lama menyepi, tanpa tanda-tanda masih ada nyawa, kini kelihatanbergerak kembali. 

Kepimpinan baru bakal melakukan rombakan besar-besaran dalam barisan kepemimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional Perak sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Perubahan pertama dilakukan ialah terhadap jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN yang kini disandang Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Beliau mengambil alih daripada Maslin Sham Razman yang juga Ketua Pemuda Kuala Kangsar dan pertukaran berkenaan berkuatkuasa pada 4 Januari lalu.

Khairul Azwan berkata, beliau akan mengumumkan rombakan berkenaan dan beberapa perubahan termasuk mengecilkan struktur kepada hanya tujuh atau lapan unit sahaja dalam Pemuda UMNO negeri bagi menjadikannya lebih fokus.


Pemukiman Angkatan Pemuda BN Perak: Bincang Masalah Belia

Angkatan Pemuda Barisan Nasional Perak akan mengumpulkan semua pemimpin negeri parti itu termasuk dari parti komponen bagi memperhalusi strategi sebelum berdepan dengan Pilihanraya Umum akan datang.
Ketua Pemuda Umno negeri, Khairul Azwan Harun berkata Pemukiman Angkatan Pemuda negeri itu bakal menghimpunkan lebih 100 orang dikalangan pemimpin Umno, MCA, MIC selain kepimpinan dari parti Gerakan.
Jelas beliau, perjumpaan yang berlangsung selama dua hari itu bermula 19 sehinga 20 Mac ini akan membincangkan beberapa pendekatan yang disarankan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam usaha memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.
” kita akan mengadakan perjumpaan di Taiping, Perak dan akan membincangkan tiga fokus utama yang dikira boleh membantu parti selain memperkuatkan agenda politik dan pembangunan negeri,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar Perak.
“perjumpaan ini sebenarnya dilaksanakan atas nasihat Pengerusi BN dimana beliau mahu angkatan pemuda mendekati golongan pengundi belia di Perak.
Katanya, antara pendekatabn utama yang akan diperbincangkan termasuk penambahbaikan struktur organisasi serta memperlihatkan program-program yang sesuai untuk diketengahkan oleh Angkatan Pemuda dalam usaha menarik lebih ramai pengundi berdaftar dikalangan belia.
Menurut Khairul Azwan lagi, setakat ini statistik menunjukkan kira-kira 34 peratus daripada jumlah besar pengundi di negeri itu adalah dikalangan belia.
Justeru beliau menambah, adalah penting untuk Angkatan Pemuda mengambil pendekatan strategik bagi mendekatkan diri serta memahami golongan itu menerusi program-program yang akan dibincangkan nanti.
“melalui perbincangan yang bakal diadakan kita harap bukan sahaja dapat melaksanakan program Perak Aman jaya malah mampu menjayakan setiap agenda pembangunan yang direncanakan kerajaan negeri supaya mendapat outcome yang berkesan.
Selain itu katanya, dalam perbincangan bersama Zambry, Angkatan Pemuda juga diminta untuk mengikis masalah jurang diantara kepimpinan tertinggi dengan di peringkat bawahan bagi mengukuhkan parti itu disetiap peringkat.
Apa yang lebih penting katanya, Angkatan Pemuda akan mengambil langkah yang proaktif di masa hadapan bagi membela nasib golongan belia di negeri itu.
“tidak guna kalau terus berpolitik tetapi mengabaikan golongan belia dinegara ini. Kita tidak mahu kehilangan walau satu undi pemuda pun menjelang pelihanraya akan datang.”


Lintau hanya ingin berpesan:

Pemuda perlu berani, tegas, bijaksana, ikhlas, menghormati kepimpinan dan jangan rasuah. Jadikan ajaran agama Islam sebagai pegangan dan landasan bagi setiap tindakan. Hormati dan jagalah keharmonian hubungan antara kaum dan agama.

Ingatlah!  Keberanian itu 
adalah anugerah Allah sejak dilahirkan..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...