Followers

Thursday, January 20, 2011

Khairy Menyeleweng: Berdebat Tidak Akan Bantu Rakyat Buat Penilaian


Keghairahan ingin berdebat membuktikan Khairy menyeleweng dan tersasar dari fokus perjuangan UMNO-BN.

Berdebat dalam Parlimen memang kerja Ahli Parlimen. Dalam sidang dewan memang tak boleh buat kerja lain melainkan berdebat. Bersungguh-sungguh berhujah mempertahankan pihak masing-masing. Sebab itu di zaman Pak Lah dahulu disiarkan sesi perdebatan ini ke seluruh petala langit dan bumi melintasi empat penjuru alam supaya diketahui kehebatan berdebat dalam Parlimen Malaysia.

Sama juga dalam mahkamah. Peguam perlu berhujah untuk mempertahankan anak guam masing-masing. Kalau kalah hujah atau hujah ditolak, akibatnya anak guam pindah dari kandang saksi ke Sungai Buloh. Buktinya dah banyak dan ada yang sedang dalam proses perjalanan ke situ.

Tetapi apabila berada dalam masyarakat sebagai Wakil Rakyat tentulah lain halnya. Banyaklah tugas dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Bertugas selama 24 jam untuk rakyat semua kaum. Seperti yang dilakukan oleh UMNO-BN selama ini.

Rakyat akan membuat penilaian. Rakyat akan menentukan samada kita bekerja untuk mereka atau tidak. Rakyat yang menentukan.

Rakyat akan tahu kalau kita bercakap kosong atau menabur janji palsu. Rakyat melihat dan merasainya setiap hari.

perasan diri bijak...debat dengan kaki temberang pun tak mampu..

Rakyat tidak menilai apa yang cakap kita. Berjanjilah bulan dan bintang atau jaminan syurga negara, Rakyat tetap membuat penilaian berdasarkan kerja keras membela mereka di semua peringkat kehidupan. 

Menjadi wakil rakyat yang mewakili parti lagi berat tanggungannya. Sebab parti pun kena jaga. Tugas ahli dan pemimpin parti adalah menentukan supaya menang dalam pilihanraya.  

Kalau parti kalah, bukan kerana kita tak pandai berdebat, tapi kita tak buat kerja untuk kuatkan parti. Rakyat nak kita buktikan kesungguhan kita bekerja sehingga taraf hidup dapat ditingkatkan. Rakyat menghukum parti kerana parti mewakili kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.

Khairy sudah membuktikan dia berjaya membiarkan Pergerakan Pemuda UMNO menjadi layu, bisu dan haru-biru. Khairy tak mampu buat kerja untuk parti. Bila parti lemah atau rosak, maka rosaklah kerajaan. Rakyat akan menghukum dengan membuat penilaian dan tidak memberi undi lagi.

Sebab itu Khairy cuba menyeleweng dengan mengalihkan kepercayaan bahawa debat itu penting. Berbagai alasan telah direka untuk mewajarkan keinginannya hendak berdebat. Sehingga sanggup berdebat atas kapasiti dirinya sendiri setelah gagal mendapat restu mana-mana pemimpin parti.

Khairy lupa agaknya, atau Khairy terlalu percaya rakyat akan berasa kagum dengan kepetahan bercakap dan akan memberi penilaian yang baik.

Sebenarnya tidak begitu. Pemikiran Khairy jelas menyeleweng dari matlamat UMNO. Cara pemikiran begitu tidak relevan dan tidak diperlukan dalam UMNO. 

Sesungguhnya kerja untuk parti terlalu banyak. Generasi muda yang sudah mendaftar sebagai pemilih perlu didekati. Pergaulan dengan mereka melalui program dan aktiviti akan membantu mereka mesra dan selesa dengan kita. Mendengar dan bantu mengatasi masalah mereka akan menarik perhatian dan minat mereka bersama kita.

Kerana memiliki sifat-sifat menyeleweng ini, Khairy tidak nampak kerjanya yang sebenar dalam pergerakan pemuda tetapi lebih nampak peluang menjadi popular melalui debat yang sia-sia.

Khairy Jamaluddin sekali lagi membuktikan dirinya tidak memahami perjuangan UMNO-BN dan terperangkap bila YAB Dato' Seri Najib menyebut: "Biarlah rakyat yang membuat penilaian"



1 comment:

Unknown said...

nilah masalah kepimpinan pemuda kita sekarang.

Mereka bukan nak belajar dan mewarisi kepimpinan dan pengalaman UMNO.

Sibuk nak tunjuk kelainan, kehebatan, kepandaian, pembaharuan.

Bukan salah nak bawa perubahan, tetapi perlulah selaras dan relevan dengan apa yang diperlukan oleh politik semasa.

KJ lupa, ini bukan zaman Pak Lah, zaman yang suka menunjukkan kelainan daripada orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...