Tahniah KJ kerana DIBERI KEPERCAYAAN mengetuai Kementerian Belia dan Sukan.
Aku memang tak percaya kau akan menjadi Menteri yang baik kerana kau bukan ahli UMNO yang baik,
Segala perilaku yang kau telah tunjukkan sebelum ini amat berbahaya kepada agama, bangsa dan tanahairku.
Bagaimanapun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Aku akur.
Buanglah sifat-sifat buruk yang kau miliki kerana kami tidak mampu mempunyai Anuwar Berahim II dalam UMNO dan dalam negara yang s angat kami cintai ini.
Aku akan terus berdoa semoga kau berubah dan sertailah UMNO kami sebagaimana yang sewajarnya untuk agama, bangsa dan tanahair.
Aku percaya manusia akan berubah dan bertambah matang jika ada keikhlasan dan roh Islam yang tulen dalam dirinya. Sekurang-kurangnya jangan jadikan UMNO kami sebagai batu loncatan untuk diri kau dan kroni sebagaimana yang pernah kau buktikan.
Selamat menjalankan tugas kerana Allah untuk agama, bangsa dan tanahair kami.
Followers
Showing posts with label Khairy liability. Show all posts
Showing posts with label Khairy liability. Show all posts
Wednesday, May 15, 2013
Friday, January 7, 2011
Khairy: Masih Mengasah Bakat Buat Kecoh
Nampaknya Khairy hanya mampu menonjolkan bakat yang tidak diperlukan oleh perjuangan UMNO.
Hampir seluruh pemimpin pemuda dan ahli-ahli pergerakan pemuda di peringkat Kebangsaan, Negeri, Bahagian dan Cawangan telah mula sibuk mendekati pengundi muda di kawasan masing-masing, tetapi Khairy masih lagi berkhayal dan berfantasi tentang dirinya.
SEREMBAN, Jan 5 (Bernama) -- Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said he would meet Umno Youth chief Khairy Jamaluddin over the latter''s Twitter''s posting that he would stay out of the next general election.
Dalam waktu yang sama, ada la pulak Menteri Besar yang memiliki bakat dan keinginan yang juga tidak berapa diperlukan dalam perjuangan UMNO semasa.
Seluruh pemimpin UMNO-BN sudah menumpukan perhatian terhadap melaksanakan strategi parti untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. Kemenangan atau kekalahan adalah bergantung kepada kerja dan kesungguhan semua pihak.
Tiba-tiba pula Khairy dan Menteri Besar ini memberi tumpuan di luar fokus dan keutamaan parti. Keadaan ini bukan sahaja tidak selaras dengan momentum yang telah diusahakan oleh DS Najib, malah mengkhianati perjalanan parti yang semakin sukar ini.
Calon yang bakal mewakili parti untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya ditentukan oleh pucuk pimpinan. Khairy tidak perlu mengambilalih kuasa ini walaupun dengan tidak menamakan dirinya sebagai calon bagi pilihanraya yang akan datang. Biarlah pucuk pimpinan yang menentukannya.
Pucuk pimpinan UMNO amat berwibawa untuk menentukan siapa bertanding jawatan apa dan di kawasan mana.
Kalau Khairy masih nak mengasah bakat membuat kecoh, janganlah gunakan UMNO. Buatlah di tempat lain. Manalah tau, kalau ada pihak yang perlukan Ketua Pemuda yang gagal ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
