Followers

Sunday, January 2, 2011

Khairy: Senarai Jasa Baktinya Kepada UMNO


 Khairy telah mencuba sedaya upaya menonjolkan dirinya dalam media massa. Tetapi semua penonjolan itu gagal membuktikan Khairy berguna kepada UMNO.

Pembaca dan peminat Daulah minta supaya Daulah menyenaraikan jasa bakti Khairy kepada UMNO. Daulah mohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan jasa baktinya kepada UMNO

Tetapi kalau nak senaraikan kerja-kerja yang dibuat untuk popularkan dirinya, sampai menjelang PRU ke-13 pun tak habis. Kita tak mau lah buang masa dengan dia ni.

Lagipun kerja-kerja mendampingi generasi muda yang sudah mendaftar sebagai pengundi,  untuk menawan hati mereka sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pemuda UMNO yang lain dengan berkesan. Tak lama lagi status kecenderungan pengundi muda dalam senarai pengundi akan dilaporkan kepada PM.

Sekarang mari kita lihat pula kerja-kerja yang dibuat oleh DS Najib yang dijangka akan memberi kesan dan membantu memantapkan hati rakyat supaya terus bersama UMNO-BN. 

Untuk pengetahuan pembaca, DS Najib adalah PM yang mengetuai Kabinet yang mana Khairy sibuk melobi nak tumpang sekaki. Alhamdulillah DS Najib ada kaki sendiri untuk berjalan.

Daulah memetik entry paneh.blogspot.com


Menjelang PRU-13 dalam masa kurang 26 bulan lagi, marilah kita kaji beberapa skandal Najib yang berjaya diurus dengan cekap dan berkesan. Antaranya:

1. Isme atau Faham Nasional "Gagasan 1 Malaysia"
2. Pelan Transformasi Nasional
3. NKRA
4. KPi
5. FELDA Melonjak Zaman
6. Projek Super Mega iaitu MRT bernilai RM 30 billion
7. Menara Warisan 100 tingkat milik PNB bakal terbina
8. Menara Naza dan Hotel Naza di lingkungan Golden Triangle KL
9. Bajet 2009, Bajet 2010 dan Bajet 2011
10. Kemasukan FDi sebanyak RM100 billion menjelang 2012 dan kini telahpun mencatat RM45 billion.
11. Proses baik pulih sistem penyampaian awam melalui Perbendaharaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
12. Imej Malaysia sebagai Negara Islam Sederhana dan Moden.
13. Kedudukan Malaysia sebagai Negara Islam Paling Moden, Canggih dan Termaju di dunia.
14. Kedudukan Malaysia sebagai Pusat Rujukan Ilmu Kewangan Islam dan Pembangunan Tamadun Dunia Moden Islam.
15. Menyusun strategi "Serang-Perang" untuk barisan UMNO melalui penamaan semua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri sebelum 01 Januari 2011.

Secara keseluruhannya Najib sedang menjalankan usaha tinggalan semua mantan Perdana Menteri Melayu untuk rakyat. Najib bukanlah dewa atau malaikat politik yang tidak boleh diusik oleh rakyat, ibarat tulisan Khairil Anas bekas Pegawai Khasnya yang mengambarkan Najib "Leadership King". Pak Sedaro fikir Khairil Anas mengampu melampau bonar. Najib sedar bahawa tanpa orang lain, Negara berpopulasi 27.565 juta tidak boleh ditadbir. Maknanya, BN memerlukan pandangan kritikal dan kritis dalam urusan kemaslahatannya.

Apakah skandal Najib ini merupakan benih-benih PRU-13?


Baca lagi di sini: Laksamana Jebat @helangbuana.blogspot.com


 

1 comment:

Wake UP! said...

Jasa KJ ialah menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO kerana KJ ini beruk itam di dalam UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...