Followers

Wednesday, September 29, 2010

Khairy Bukan Sahaja Bodoh Tapi Bongok Tahap Kasta Paling Rendah


Wajah Perosak Tegar Perjuangan Suci UMNO hasil Peninggalan Pak Lah

Sumber: sinarharian.com.my
28 Sept. 2010

MENGAPA KHAIRY PERSOAL POLIS MELALUI MEDIA ?


Akhbar Sinar Harian (ASH) keluaran semalam di muka 2 terpampang berita utama Khairy personal polis , dengan sub head menyebutkan pernyataan Khairy : “Tidak tegas terhadap Raja Petra walau terima banyak maklumat”.

AHS menyebut lagi, “Ahli Pasrlimen Rembau , Khairy Jamaluddin MENGECAM pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK)” . Dilaporkan juga Khairy semasa membuat kenyataan ini di Lobi Parlimen , menyindir Ketua Polis Negara dengan berkata: “Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai lokasi Raja Petra , tapi RPK dengan terang berada dikawasan umum”. Jangan lupa Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana Umno adalah parti Pemerintah dan Kerajaan yang ada hari ini. Apa perlunya Khairy mengecam polis dikhalayak ramai semacam tindak tanduk anggota pembangkang? Adakah Khairy juga nak cari publisiti murah semacam anggota permbangkang lakukannya di Lobi Parlimen sebaik saja bertemu pemberita Media?

Adalah lebih wajar Khairy terus saja menemui Ketua Polis Negara (KPN) secara tidak heboh-heboh , menggesa tindakan yang lebih proaktif dibuat, sekiranya penjelasan KPN itu kurang memuaskan hatinya atau kurang memuaskan hati Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Satu lagi cara, ialah Khairy boleh terus saja bertemu Menteri Dalam Negeri dan kemukakan pandangan Pergerakan Pemuda Umno yang kurang berpuas hati terhadap tindakan polis mengenai isu RPK ini. Khairy boleh kemukakan semua maklumat yang didapati samada dari dalam atau dari sumber luar negara atau dari sumbernya yang tersendiri.  Baca seterusnya: sinarharian.com.my

Selepas "kalah teruk" dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang lalu, Khairy telah kehilangan keyakinan diri yang akhirnya membinasakan dirinya sebagai ketua pemuda. 

Sekarang Khairy hanya melayan dan membawa dirinya dalam pentas UMNO sebagai  seorang yang tidak bermaruah dari segi kepemimpinan. Dia kelihatan merayau-rayau tanpa tujuan dan kadangkala muncul dengan wajah tanpa maruah.

Semua sifat-sifat Nuar Berahim ada padanya dan dibawa sebagai kekuatan diri yang semulajadi.

Khairy adalah contoh terbaik yang Allah berikan kepada UMNO dan bangsa Melayu sebagai perbandingan dengan Tun Dr. Mahathir yang juga Allah turunkan kepada Rakyat Malaysia.

Jika Tun Dr Mahathir berjaya membina rakyat dan negara selama hampir 22 tahun, maka Khairy pula berjaya memusnahkannya dalam masa tak sampai 2 tahun.

Jika Tun Dr Mahathir berjaya kerana sokongan para pemimpin UMNO serta ahli dan rakyat jelata pelbagai kaum di negara ini, Khairi juga berjaya memusnahkan UMNO dan negara dengan sokongan Kalimullah, Brendon Parreirra, Radzi Sheikh Ahmad, Musa Hitam, Anuar Musa dan ramai lagi yang menjadi kroni Pak Lah.

PRU 13 semakin hampir.
Kemaraan cauvinist-racist DAP yang ingin menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan Perlembagaan Rakyat semakin menjadi realiti.
Kegilaan PAS melacurkan agama Islam semakin menjadi-jadi dan...
Pengkhianatan Nuar Berahim terhadap melemahkan paksi dan asas kekuatan Melayu-Bumiputera sudah sampai ke tahap tidak munasabah.

Khairy masih lagi berwajah tidak bermaruah dan muncul merosakkan perjuangan suci UMNO dengan kebodohan tahap kasta paling rendah dalam sejarah perjuangan pemuda UMNO kita.

Kepada DS Najib, hentikanlah!
Hentikanlah nanah busuk yang menusuk perjuangan kita.
Selamatkan pergerakan Pemuda
....sementara masa dan peluang masih ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...