Followers

Sunday, September 5, 2010

KHAIRY: PERAKUS BERI NASIHAT


Selamatkan Negara Dari Agenda Pecah Belahkan Masyarakat – Khairy


Bolehkah jika kita memiliki sifat-sifat tamak, rakus, gelojoh, biadap dan seorang konspirator zaman yang lalu, masih berminat untuk bercakap mengenai menyelamatkan negara!!

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan kemerdekaan tahun ini berkisar tentang keberanian yang perlu ada bagi setiap diri sebagai rakyat Malaysia.

“Keberanian untuk tampil kehadapan bagi membela rakyat Malaysia yang lain, terutama sekali apabila mereka bukan daripada keturunan, bangsa, agama mahupun latar belakang sosial yang sama seperti kita.

“Keberanian untuk memperjuangkan mana yang benar serta wajar dan bukannya sesuatu yang populis atau didorong oleh belenggu perasaan dan kekangan emosi, yang mengugut kita menilainya sebagai patut dan betul”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena hari kemerdekaan negara ke 57 di sini, hari ini.

Wahai Khairy! Tak payahlah menyeru supaya rakyat berani. Selama ini orang-orang Melayu dan Bumiputera memang berani. Kami dalam UMNO sudah lama berjuang sehingga berjaya menghalang Union Jack dari terus berkibar di bumi ini. Kami memang terbukti berani menghadapi segala macam ancaman terhadap agama, bangsa negara. Buktinya hari ini rakyat hidup dalam sejahtera, sehinggalah lahir dan muncul manusia hipokrit, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, yang membawa cita-cita peribadi.

Jelas beliau lagi sempena hari kemerdekaan Negara tahun ini juga adalah keberanian untuk membebaskan diri dari acuan lapuk agar kita dapat melangkah dengan yakin bagi menerokai masa hadapan.

Acuan lapuk!!! Dalam UMNO tidak pernah wujud acuan lapuk. Apa yang menjadi tradisi adalah kesinambungan kepimpinan dan nilai-nilai perjuangan zaman-berzaman. Para pemimpin UMNO, iaitu parti keramat kami, tidak pernah sekali-kali meminggirkan sebarang bentuk kepimpinan, dasar, pendekatan yang telah diambil sebelum ini. Perjuangan UMNO meneruskan tradisi dari generasi ke generasi. Kita tidak pernah menjadi maju kerana menolak dan menganggap yang lama itu sebagai acuan lapuk. Kecualilah kita kehilangan arah tuju dan roh perjuangan UMNO yang sebenarnya.

“Keberanian untuk menyelamatkan negara ini daripada mereka yang ingin memecah belahkan kita
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara.

Memang benar, sekarang kita memerlukan keberanian luar biasa untuk menghadapi puak-puak yang ingin memecahbelahkan negara. Tetapi ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang terbukti telah merosakkan UMNO dan kerajaan di era yang lepas.

“Marilah kita semua menjadi rakyat Malaysia yang berani. Berani menyatukan Malaysia semula”, ujarnya. -MediaUMNO

Malysia tidak berpecah. Sama sekali tidak berpecah. Melainkan telah wujud beberapa individu di kalangan ahli politik dan NGO yang mula mengamalkan sikap cauvinist-racit untuk kepentingan politik diri sendiri. Mereka telah berjaya mewujudkan senario politik kelamkabut di negara kita dan dibantu pula oleh species yang tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi rakyat terbanyak telah boleh berfikir dengan matang. Kesejahteraan dan ketenangan hidup bersama dalam masyarakat majmuk tetapi menjadi keutamaan semua kaum.

Orang Melayu/Bumiputera, China, India dan lain-lain akan terus mempertahankan keharmonian dan kejayaan yang telah kita capai bersama selama ini.

Rakyatlah yang menolak Malayan Union dengan jayanya.
Rakyatlah yang menolak gerombolan komunis dengan jayanya.
Rakyatlah yang telah membetulkan keangkuhan cauvinist-racist 13 Mei
Rakyatlah yang tahu denyut nadi mereka.
dan Rakyatlah yang akan menolak gerombolan pakatan pembangkang.


Di bawah kepimpinan DS Najib,
insyaAlah kekuatan Pemuda UMNO Malaysia
dapat diangkat semula maruahnya.


* Kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy.
Kita cuma tidak sanggup perjuangan UMNO dilacurkan untuk kepentingan peribadi.
Kita juga tidak rela sama sekali membiarkan individu yang telah terbukti tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, turut mencampuri urusan perjuangan UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

khairy ? atau tukang kahiratkan harta negara?

Anonymous said...

eeeeeeeeee....nk termuntah je apa yg dia nk seru tu...cermin muka beruk dia dulu.....pengkianat bangsa...tak yahlah nk ckp byk.
uwwweeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkk

Wake UP! said...

Biasalah. Perompak berlakon pijak semut tak mati.

Uwek! Tengok kenyataan si Kitol dalam akhbar pun dah nak termuntah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...