Followers

Sunday, April 25, 2010

KJ: Tak Layak Memberi Nasihat


Tun Mahathir di Bukit Beruntung 24 Apr 2010


Khairy Jamaluddin meminta parti pembangkang khususnya Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencermin diri dari terus menunding jari mencari kesalahan orang lain bagi menutup kepincangan berterusan parti itu.

Tegasnya selepas satu demi satu pemimpin PKR bertindak keluar parti sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena pada parti tersebut terutama kepimpinan Anwar sendiri.

“Ini sebenarnya krisis kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim…ini bukan kerja UMNO. Kalau ada kelemahan pada kita jangan kita buat tuding jari pada orang lain…kita tak lihat kelemahan diri kita sendiri.

“Saya nak minta pembangkang, Anwar cerminkan diri dulu…tengok apa kelemahan yang ada pada beliau”

Khairy berkata demikian sebagai mengulas tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang meninggalkan parti berkenaan dan menyertai UMNO.


Khairy Jamaludin tidak layak sama sekali memberi apa-apa nasihat kepada mana-mana pihak. Semakin banyak beliau memberi nasihat semakin ramai orang yang membenci UMNO. Ini disebabkan perbuatannya merosakkan UMNO, agama dan negara begitu tertanam di hati rakyat.

UMNO perlu mengambil langkah yang bijaksana untuk mengelakkan parti daripada menjadi bahan sindiran orang ramai yang semakin meluat melihat gelagat Khairy dalam UMNO.

Orang yang paling layak memberi nasihat dan nasihatnya perlu diberi perhatian ialah Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir yang selama ini dihina dan cuba dipinggirkan oleh Khairy, Pak Lah, Kalimullah, Brendon Pereira, Musa Hitam, Anuar Zaini dan lain-lain lagi.

2 comments:

Hang horatio said...

adoi bro...bw2 lah bertenang syg...habiskan PRK hs ni dlu..sama2 bergnding bahu...dah habis PRK ni nak balun ke nak kritik ke itu pi ikut hang la k syg?

Anak Omak said...

Salam Al-Watan, permintaan saudara telahpun kami sempurnakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...