Followers

Monday, March 8, 2010

MENAMBAH MASALAH DALAM PERJUANGAN UMNO


JANGAN PISANG BERBUAH 3 KALI
Mengenang kembali sejarah hitam yang pernah berlaku 2 tahun lalu memang amat memeritkan buat kerajaan, tetapi syukurlah hari ini zaman gelap yang melanda BN sudah berlalu kecuali ada satu titik hitam yang masih lagi berlegar dalam BN! Semoga titik hitam itu akan lenyap secepat mungkin.

Hanya segelintir je demi kepentingan peribadi apa saja mereka sanggup lakukan, orang-orang macam ni wajib dibuang dari agensi yang penting ni, kena check background betul-betul dulu sebelum ambik mereka untuk bekerja, Jangan pakai tangkap muat je!

But having said all that yang paling utama pada zaman rejim yang lalu ialah kedurjanaan yang ditunjukkan menantulah punca utama kekalahan sebenarnya, betapa berlagak dan sombongnya si kitol di Zaman Pak Mertuanya berkuasa dulu, aku tak akan lupa sampai bila-bila la, hancur negara dibuatnya!

Masalahnya sekarang ni si Kitol ini masih lagi berada dalam parti dan bagaimana la kita naikkan semula parti keramat ini kalau kita masih menyimpan bala ini? Ada yang kata takpa la lupakan yang dulu, kita buat baru, betul dah bagi chance buat yang baru, apa dia buat? Langsung takda apa pun, makin hancus lagi ada la!

So enough is enough, kalau tidak la kerana PM kita yang ada sekarang ni, aku rasa dah lama UMNO terkubur, kesian PM terpaksa susah payah nak betulkan balik keadaan yang telah dimusnahkan oleh rejim terdahulu, takpa la Tuan PM, kami akan bersama-sama Tuan PM dalam membetulkan keadaan semula!

Kitol ini harus diterajang keluar dari parti, jangan bagi alasan lagi! Maaf kalau ada yang terasa tetapi itu adalah lumrah kerana KEBENARAN MEMANG PAHIT UNTUK DITELAN!

Kepada Pakatan Haram, jangalah korang mendabik dada kata korang menang sebab korang kuat, korang menang sebab kerajaan anak beranak sangat zalim pada ketika itu! Korang nak tipu sapa wahai pakatan Haram, aku tau sebab itulah kamu semua mahu supaya si kitol ini terus berada dalam UMNO kan?

Tetapi semua ini sudah berlalu wahai pakatan Haram, walau dia dala dalam UMNO hari ini dan mencuba pelbagai cara untuk memusnhakan UMNO tetapi Allah maha Besar dan Allah sentiasa mendengar doa hambanya yang teraniaya! Amin

Cukuplah sekadar ini dahulu, nanti kita cerita lain, masih aku terasa kekejaman rejim yang lalu, ianya umpama satu mimpi ngeri yang susah nak dilenyapkan!

Luahan hati street blogger disini, mesti baca, selalu sangat orang menuduh kita dibayar, so korang baca la luahan hati seorang blogger jalanan ini....

Bangun dan bangkitlah wahai UMNO!
Sumber: House PK (sebahagian)

MASALAH UMNO DENGAN KETUA PEMUDA MALAYSIA
Siapa yang tak kenal dengan Naib Ketua Pemuda UMNO
yang boleh dinobatkan sebagai orang paling banyak kontroversi di Malaysia. Beliau bukan sahaja Naib Ketua Pemuda UMNO malah sekarang telahpun menjadi Ahli Parlimen Rembau merangkap menantu Perdana Menteri sekarang ini DS Abdullah Ahmad Badawi.

Kontroversi-kontroversi yang berlaku terhadapnya semasa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu. Antara kontroversi-kontroversi yang 'berjaya' dicatat di dalam 'buku harian kehidupan' KJ ialah isu di mana beliau melabelkan Blogger sebagai Beruk, isu melibatkan ECM LIBRA, dan juga isu berkenaan dengan 'tingkat 4' lebih berkuasa.

Kontorversi-kontroversi yang telah dilakukan oleh beliau membawa kepada kehilangan empat empayar BN iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor di samping gagal menawan Kelantan.

Baru-baru ini diura-urakan yang Perdana Menteri sekarang merangkap Bapa Mertua KJ akan meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada DS Najib Tun Razak apabila 'saatnya' tiba.

Adakah KJ senang dengan kenyataan Bapa Mertuanya itu? Apa akan jadi terhadapnya jika DS Najib Tun Razak betu-betul 'di nobatkan' sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Adakah jawatan-jawatan KJ akan tergugat? itulah persoalan yang bermain di fikiran penulis.

KJ juga yang bercita-cita ingin menjadi PM apabila umurnya mencecah 40 tahun berkemungkinan besar akan tergugat dan juga cita-citanya akan dikuburkan tanpa nisan. Terdengar juga khabar SMS dari rakan penulis yang mengatakan KJ telah membuat pertemuan dengan DS Anwar Ibrahim untuk menyertai PKR, tetapi entahlah belum dapat dipastikan kesahihanya. Penulis rasa jawapan yang paling sesuai diberikan "Hanya Allah sahaja yang tahu" dan juga itu adalah "Allah punya kuasa" jadi apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah adakan perkara ini benar dan adakah perkara ini palsu.

P/S: Bahagia juga Kalau KJ meninggalkan UMNO tak ada lagi lah orang yang menjadi liabiliti kepada UMNO yang berada di dalam UMNO, mungkin PKR pula terpaksa menanggung liabiliti ini.
Sumber: Suara Generasi Muda

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...