Followers

Thursday, December 29, 2011

UMNO Perlu Terus Berhati-hati



GEMPAR! BUKTI ANWAR DAN KHAIRY KITOL ADA HUBUNGAN YANG AMAT MEMBAHAYAKAN UMNO!




Cuti hujung tahun dah datang. Kakitangan Ibupejabat PKR pun ramai yang sudah bercuti. Ada yang melancong luar negara. Ada yang dapat bajet lebih, bawa keluarga ke tempat yang lebih hebat dan jauh. Sesiapa yang dapat rezeki extra, kerana pandai ‘kalih’ duit peruntukan yang diberikan kepada parti – lebih jauh dapat bersama keluarga. Untung masing-masing lah.

Walaupun dalam menuju akhir tahun, Ibupejabat masih sibuk dengan susunan strategi nak berdepan dengan tarikh 9 Januari. Ada dua team khusus yang telah ditubuhkan, satu untuk tarikh 9 Januari. Satu lagi team tumpu kepada KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT yang dijadualkan pada 14 Januari. Masing-masing team ini diketuai oleh orang yang lain. Masing-masing ikut kepala sendiri. Asal ada untung dan boleh bawa anak bini berjalan jauh. Mereka pun kononnya buat kerja.

Blog GELAGAT ANWAR antara yang awal pecah tembelang program FACK yang akan dianjurkan PKR. Free Anwar Campaign ke-2. FACK. Khabarnya, sudah kecoh juga di Ibupejabat kerana penggerak The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq akan diberikan peruntukan besar bagi melancarkan FACK di dalam laman tersebut. Siap dengan banner dan link dengan international organization. Hebat.

Khabar daripada ibupejabat PKR, Jahabar Sadiq akan diberikan dana USD1.5 juta di peringkat awal dalam memastikan FREE ANWAR CAMPAIGN akan menjadi tajuk utama The Malaysian Insider dalam beberapa bulan akan datang. Antara yang dijanjikan oleh Jahabar kepada PKR:-

Banner Free Anwar Campaign (sepanjang tahun). Siap dengan link kepada twitter, facebook dan sebagainya.

Khidmat fotografi (semua gambar Anwar di mahkamah dan sebagainya akan dispin oleh TMI dengan maksima)

Membuka semula kempen mata lebam di dalam website khas yang akan dikendalikan oleh kakitangan TMI;

Social media campaign (siap dengan beberapa event yang melibatkan mahasiswa dan orang muda:

Meletakkan Nurul Izzah sebagai ‘torch bearer’ PKR yang baru;

Manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat akan turut dibawa bersama sebagai link kepada program FACK.

Kakitangan ibupejabat menganggap Jahabar sebagai ‘con-man’ yang sangat berbahaya kepada gerakan reformasi dan FACK. Kepada mereka, link Jahabar bersama Kalimullah, Brendan Pereira dan beberapa tycoon Singapura tidak akan membantu imej Nurul Izzah dalam jangka masa panjang. Ramai di dalam PKR yang persoalkan kenapa perlu dana sampai USD1.5 juta sekiranya memang Jahabar adalah pejuang reformasi?

Tanpa pengetahuan ramai staff di ibupejabat PKR; kerjasama Jahabar-Brendan-Kalimullah-Anwar ini bukan kerjasama baru. Sudah lama wujud. Jahabar hidup mewah kerana wujudnya hubungan ‘dalaman’ yang begini. Sayangnya, apa yang patut orang UMNO dan BN risaukan adalah kewujudan hubungan silang – Jahabar-Brendan-Kalimullah-KJ-Anwar. Ini lebih bahaya.

Seorang pegawai khas KJ pernah berkata, KJ has nothing to lose dalam permainan politik lanskap baru yang ada. KJ secara terus terang pernah mengatakan bahawa dia adalah seorang yang ‘indispensable’ di dalam set up kabinet Najib yang baru. Mesti ada. Atau Najib akan berhadapan dengan ribut tsunami dalaman oleh Pemuda UMNO.

Tahniah Jahabar…bajet besar…tercapai hajat nak beli apartment mewah di Bangsar yang dia idam-idamkan selama ini….

House PK: Dah berkali aku kata, Anwar dan KJ Kitol memang ada hubungan. Aku harap pihak atasan UMNO sedar akan perkara ini dan jangan dipandang ringan segala pendedahan blogger Gelagat Anwar ni.

Sesungguhnya musuh dalaman adalah lebih merbahaya dari musuh luar! Jenis ni boleh tiksan belakang kita bila-bila masa saja. Sesiapa saja yang menjadi penyokong si Khairy Kitol ni adalah sama jua pengkhianat kepada parti! Dan mereka ni (penyokong kitol) adalah sebangsat-bangsat manusia.

"YA ALLAH! SELAMATKANLAH NEGARA KITA DARI MANUSIA PENGKHIANAT NI"


Dipetik dan disiar semula dari Blog sahabat Parpukari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...